CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

..♥cinta buat ibuku♥..

Menyayangimu,
Bagaikan hatiku tiada sempadan,
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta,
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan,
Oh sungguh indahnya perasaan itu...

Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku,
Menyegarkan lesunya jiwaku,
Menegangkan uratku yang kian melemah,
Dek keringnya dari siraman cintamu...

Andaikata aku dapat bernyanyi,
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku,
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu,
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat,

Indahnya kasih itu,
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat,
Dan penyuntik ilham,
Serta penerang obor cahaya,
Kepada berlikunya jalanku ini...


"♥ Thnkx.cOz.Sudi.Baca.Entry.Zira ! Kalau.Suka.Like.la !♥ "

0 comments:

Post a Comment

♥ lw dha baca . komen laa ~ ehex ! ♥