♥ kem Syabab Muslim ♥
♥Gmbr2 knangan tym d skOla~♥
nie gmbr tym rya kat skOla . hehe . with kak syittah .. tgk laa .. sweet kn kak syittah tym nie .. luv u la !! hehehe
nie pla gmbr saufie with kak ita . haha ! msing2 b'gya .. wahhhh ~ ^^
nie gmbr kak ita ma c alie ~ hehe . so cute ! . tp , c alie pndng p mna tu ?? heheh
nie gmbr dilaa , hehe .. my bestfrenn !~ cute bha kn dya .. pkai bju krung biru g tu .. nmpk tenang jakk .. hihihi^^
nahhh , nie pla gmbr kmi tym d libry .. hehe .. dorg mira yg bwa camera . pa lgi , msing2 mw mnta gmbr .. haha !! pntang mliat cmera dOrg nie , konpom mnta gmbr .. wkwkkw :p
nie kak yatie . kwn kak ita & akak kpd kwn sya Hanimah .. hehe^^
dya pun sOrg yg priang . kuat ktawa n mcm2 g .. hehhe ..
hihi^^ . malar ~ muka durg sja kn d sni . hehe .. besala , dOrgkn suka b'gmbr , mmg laa .. nie gmbr kak ita n kak jirahh .. tym ni dorg d kls nya . hehe^^ . cute kan??
wahh ~ lwa nya dorg .. hehe .. tym nie dorg da khtam quran d JBS . best kalie kn tym nie . siap mkn d meja vip lagi .. hehehe ~
kak ita the cute^^ ~ hehe tgk la .. sgguh b'gya ..
hihi~ tgk la ragaman dorg .. msing2 b'gaya .. tchr khai pun t'msuk bha jugak .. nie kalie laa ~ wkwkkw :p
nie pula gmbr kak ika , kak ita n sya .. tym nie kmi da ikut ptndingan nsyid . tp , mgkin bkn nsib kmi . kmi xdpt num . tym nie gk , kmi lwan org2 yg terer sdh .. umur pun d atas2 umur kmi .. hihi .. d stu kmi dpt cri pngalaman .. hehe^^
nie gmbr tym kmi kna bwa mkn .. hehe ^^ . kak yatie n kak ita gk laa ~ cute bhaa .. ihihi
haha~ jgn tha d liat nie .. bruk kn .. wkwkkw .. nie gmbr sya wit kwn sya sharifahh ~ hehe
♥KhuSyuk DaLaM sOlat♥
Apakah Maksud Khusyuk?
Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.” Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata,“(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Justeru khusyuk di dalam solat adalah penting. Namun khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif. Di akhir zaman khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia digantikan dengan kealpaan dan kelalaian. Mengikut Imam Al-Hakim, sahabat Ubadah bin Samit berkata, “Tidak berapa lama lagi akan sampai satu zaman apabila kamu memasuki masjid kamu tidak akan menemui lagi lelaki yang khusyuk.” Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, “Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”
Cara Untuk Khusyuk
Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. Justeru, untuk khusyuk penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan. Unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.. Keenam-enam itu, mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ialah, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.
Untuk membantu kekhusyukan hati, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” Demikian jugalah kiasannya dengan membuang air besar dan kecil dan yang seumpamanya.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri dari kesemua pengaruh itu. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian dan tidak melaksanakan solat di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik (serta gambar-gambar). Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh mengganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan kepadanya keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada suatu hari nanti… Walau bagaimanapun hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat. Justeru mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. ”
Benarlah Imam Al-Hasan ketika beliau berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.
~baca jika ada masa untuk Allah~
Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat ....... Mungkin malam JUMAAT?Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit..... Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! Ya aku CINTA ALLAH Dia adalasumber kewujudanku dan Penyelamatku
IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... Kirimkan kepada orang . Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. Susah….... Senang Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh? Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.
..Impian.. entry yg d sukai !! yaww !!
Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,sahabat serta kaum keluarga baginda.
sahabatku sekalian,hari nie zira tetiba terfikir nak wat enrty tentang "IMPIAN". zira tahu ,semua orang mempunyai impian.Lets kita kaji dulu meaning IMPIAN, ok?
Ini sequence yg zira wat tentang apa itu impian:
Niat > Ikhlas > Matlamat > Usaha > Takdir Illahi === "IMPIAN".
kenapa saya mendefinasikan impian sebegitu?.Bagi saya,Impian adalah salah satu aspek kehidupan yang perlu ada dalam diri manusia.Dalam semua aspek kehidupan ,Niat dan keikhlasan menjadi titik tolak untuk mencapai kejayaan.Apabila Niat dan Keikhlasan wujud maka sekaligus akan timbul matlamat yang positif dalam diri seseorang itu.Matlamat itulah yang menjadi penanda untuk seseorang itu berusaha.Namun,Impian itu ialah "DATANG "dan "PERGI".Manusia biasanya akan mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka.Pengaruh itu membuatkan impian mereka menjadi seperti datang dan pergi.
situasi A semasa nak ambik SPM:
Ali :cita2 kamu apa irfan?
Irfan : saya nak jadi Guru.kamu pula?
Ali : Guru? saya nak jadi Doktor.hihi.hebat bukan?Doktor nie kerjanya mencabar.Orang pandang tinggi tw dengan keja doktor nie. apa yg saya taw fan,saya mengibaratkan "doktor itu tinggi". Yang paling best,gaji doktor nie tinggi .Belajar pun tinggi2.High level la katakan.silap2, kena terbang luar negara .. Wah!! bestnya tue..
Irfan : Alhamdulillah cz saya ada kawan yang mempunyai cita2 yang hebat.saya doakan agar kamu dapat mencapai impian kamu.InsyaAllah..Amin,ya rabb.
Ali : Terima kasih fan.Amin.
Irfan : Kasihmu ku terima.hihi,sama-sama...Ali...apapun yang akan kita jadi d masa akan datang kita harus bersyukur.kerana semua itu Allah dah tetapkan dari azali lagi soal rezeki,jodoh,ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita harus betulkan niat kita ,kemudian berusaha,setelah itu berdoa,dan akhir sekali
konsep tawakkal.kamu nak taw x ali "apa yang memg menjd miik kita d dunia smaada ,rezeki,jwtn /
kedudukan,pasti Allah berikan.Tetapi apa yg bukan milik kita,kita tidak akan mampu.walaupun ianya
nyaris menghampiri kita meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya."namun kata2 itu
tidak bermakna Allah menyuruh kita hanya berserah .Sama sekali tidak!! kita harus berusaha dan
berdoa.Ia hendaklah seiringan.Selebihnya kita serahkan pada Allah.
Ali :Walau sesusah manapun,saya mmang nak jadi doktor.di samping tue macm awk pesan la fan.kena usaha dan doa.
Irfan: InsyaAllah...doakan saya juga ..hihi.
Dalam situasi A,kita dapat lihat setiap orang mempunyai impian yang berbeza dengan niat yang bebeza.Setiap orang juga mempunyai usaha yang berbeza dan cara bertawakal yang berbeza.Namun takdir illahilah yang akan membuatkan seseorang itu INSAF,REDHA,& SYUKUR.
Situasi A setelah 6 tahun:
Cikgu Irfan: wah!kamu dapat anugerah cikgu cemerlang mata pelajaran sains tahun nie "cikgu Ali',tahniah
sahabatku.saya tumpang bangga dan gembira dengan kamu.syabas,tahniah..dan Alhamdulillah.
Cikgu Ali : terima kasih.Alhamdulillah.Bagi saya semua nie dari Allah.Saya akan terus berusaha di samping
berdoa dan bertawakal pada Allah agar semua pelajar saya boleh memahami apa yg
saya sampaikan.
Cikgu Irfan:amin..insyaAllah.
Cikgu Ali : fan,saya bangga ada sahabat seperti kamu.kamu baik orangnya.dan Alhamdulillah impian kamu
untuk menjadi seorang pendidik tercapai.Allah memakbulkan doa kamu.Dulu saya pandang
rendah dengan keja guru nie n nak sgt jd doktor.Namun ianya bukan milik saya.Saya bersyukur
dengan apa yg Allah dah bagi utk saya hari ini..dan ,inilah yang terbaik..
Cikgu Irfan:Semua nie kuasa illahi.Ada hikmah di sebaliknya.saya juga bangga ada sahabat seperti ali,dan
saya bersyukur kerana Allah makbulkan doa saya untuk menjadi seorang guru.Sama2 kita
istiqamah dan muhasabh diri selalu ya sahabtku?
Cikgu Ali :InsyaAllah.sama2 k..hihi.
Renungan buat diri zira dan sahabat sekalian~~~>
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan NIAT yg baik dalam dirinya
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan KEIKHLASAN dalam semua aspek kehidupannya
- Allah amat suka orang yang menanamkan KESABARAN dalam dirinya.
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan KESYUKURAN dengan apa yg d beri oleh Allah kepadanya
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan KESUNGGUHAN untuk mencapai sesuatu yang di kehendakinya
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan KEPERIBADIAN AKHLAK yang baik dalam dirinya.
- Allah amat sukakan orang yang menanamkan sifat TAWAKAL dalam dirinya setelah berusaha dan berdoa.
Last untuk entry kali nie~~>
"TERAPKAN DALAM MINDA ,ULANG DAN ULANG. TANYA KENAPA MESTI IKHLAS??COZ ITULAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK HATI MENJADI TENTERAM. JIKA KITA TIDAK IKHLAS,SEMUA USAHA KITA JADI SIA-SIA KERANA ALLAH TIDAK AKAN MENERIMANYA"
Allahualam.
MAt RAya ..
~ mw repair blog luk ~
Subscribe to:
Posts (Atom)