CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

..♥kata ayah♥..

"sewaktu nasi tumpah ke tanah
kata ayah bukan rezeki untuk kita
saya memandang putih                                                                     mencari makna pada usia muda ..

"sewaktu pulang benua pulangkan warna terang 
kata ayah anigerah tuhan untuk kita
saya merenung dalam penuh tanya
mencari makna malam dan gelap yang mendatang..

"sewaktu usia menbawa saya kepada remaja
kata ayah ia adalah tempoh yang paling mahal
saya mengira dengan akal
mencari berapa mahalnya harga usia..

"kata ayah maruah adalah cinta
hanya satu tiada dua
anugerah paling berharga jagailah ia dengan nyawa..

"kata ayah lelaki adalah khazanah
padat dengan segala kudrat
takrif selalu menjadikan imam di depan
bukan kerana kuat tapi sebab taat..

"kata ayah perempuan adalah rahsia
penuh rasa malu tercipta
tanpanya benting takkan tega..
menongkah perit cubaan dunia..

"kata ayah lindungilah diri mu wahai anak
dari sinar panahan syaitan
yang menunggu waktu kau layu
dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan..

"kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
buat bekal di perjalanan
apabila saya terasa hidup ini cukup penat
ia akan jadi pedoman yang mengingat..

kini.........................
setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
dengan rasa  saya mencari makna kata-kata ayah
saya pegang amanah maruah
saya junjung beban kasih yang melimpah
hanya pesan pesan ayah bahawa
cinta itu wahai anak
bukanlah benda yang dapat dicari
tidak juga boleh dibeli
jauh lagi untuk memusuhi
pun bukan umtuk dipenuhi
atau untuk dibinasai..

"cinta itu wahai anak
adalah yang mewabgi bila dipuji
yang tabah bila disakiti,yang redha bila dilukai
yang tidak hilang bilamana musim berganti..

"kau akan barjaya
bila siang yang terang tidak mampu memamah kulitmu
dan malam tidak mampu mengelap kan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuh kan dirimu
dan cinta tidak mampu meruntuhkan darjatmu
dan kegembiraan tidakmampu membeli kekhusukkanmu..

dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalan ujian yang pilu 
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta yang tuhan kurnia
tidak mampu mendorongmu menerahkan harga diri..

sebaliknya...
"kau tetap segar dan mekar
di dalam pagar syariat yang kukuh,utuh dan ampuh
kau melindungi TUHAN YANG MAHA TINGGI..



"♥ Thnkx.cOz.Sudi.Baca.Entry.Zira ! Kalau.Suka.Like.la !♥ "

0 comments:

Post a Comment

♥ lw dha baca . komen laa ~ ehex ! ♥